Thursday, July 2, 2009

restart live di borneo beatdown, miri-27june2009

gambar-gambar ini diambil dari facebook pegeh lehsa (sekadar gambar hiasan)..
lama sudah saya tidak mengupdate blog ini kerana saya bz dan malas.. jadi waktu yang rajin seperti hari ini bagus lah saya utk mereview kenangan bersama restart tour di miri pada 25/6 hingga 28/6 yang lalu.... saya menjadi pengganti kepada aiq iaitu basis restart utk show itu kerana aiq tidak dapat turun ke sana kerana masalah tertentu... jadi kami teruskan pengembaraan pjhc ke miri...
kami berangkat dari kuching pada 25/6 dan tiba di sarikei untuk menjemput saiful iaitu penyani restart di sana.. pada 26/6 barulah kami berangkat dari sarikei ke miri menggunakan kereta saiful... setelah jauh perjalanan akhir nya kami pun tiba di miri pada pukul 9.30 malam dan terus pergi ke hotel utk berehat...
setelah berehat sekejap kami pun berjumpa dengan peggy dan kwn2 dari band cannibal landlord.. setelah berbincang kami pun plan utk ke venue gig pada pukul 1 esok hari... selepas itu kami pun balik ke bilik utk berehat dan tidur sepuasnya sebelum show pada keesokkan hari...ZZzzzzzzz..........
keesokkan hari nya kami pun bgn dari tidur dan bersiap sedia utk ke venue gig pada pukul 1 petang.. wlpn gig bermula pada pukul 5 petang tapi kami berangkat awal kerana tempatnya jauh dari kwsn bandar miri iaitu di hutan simpan lambir agak2 30km dari bandar miri.. sebelum itu kami bersama kwn2 di miri menanti kwn2 dan band2 yang datang dari brunei di taman awam...
setelah semuanya tiba kami pun berangkat bersama menuju ke destinasi... dalam pukul 4 petang kami tiba di lambir.. sebelum masuk kami terpaksa menunggu berberapa jam utk masuk ke kawasan itu kerana ada sedikit masalah dan salah faham dengan security guard di situ yang bebalism... akhirnya kami pun masuk dan menunggu gig bermula... tepat pukul 7mlm gig pun start... yeeaaahhhhh....
tidak disangka band2 yang perform di sana semuanya hebat dan bagus2 belaka.. inilah kali pertama kami melihat band2 dari sana membuat persembahan.. kebanyakan band2 yang bermain datang nya dari brunei.. ternyata majoriti band yang bermain pada gig itu memainkan musick deathcore.. best dan ganas2 kesemuanya terutama sekali 2 band yang banyak menarik perhatian aku iaitu ROSE ON MY COFFIN DOOR dan CANNIBAL LANDLORD...
restart pula mcm biasa persembahan mereka seperti mana yang anda selalu lihat di kuching dan mungkin agak kurang sedikit kerana saiful pada masa itu mengalami pening yang dashat.. tetapi kami sangat berpuas hati dengan apa yang disampaikan dan seronok bertemu kawan2 baru di sana...
habis saja gig itu kami pun kembali ke bandar miri utk lepak sepuasnya dan makan sebanyaknya kerana esok kami akan balik ke tempat asal... masa kami dihabiskan sebaiknya pada malam itu.. terima kasih kepada kawan2 di miri kerana melayan kami dengan baik di sana seperti noel dan semua line up cannibal landlord, peggy, pidan, mujan jameela, rockark, jisim, ajis, kerol dan sebagainya...
esok harinya 28/6 kami pun balik ke kch menggunakan kereta saiful.. sedih jugak rasanya meninggalkan miri kerana kami tidak sempat untuk berjalan-jalan di sana.. mungkin pada satu hari nanti kami akan ke sana lagi untuk berjumpa dengan kwn2 di sana... sekian terima kasih... muaahhhh.....

4 comments:

  1. mujan jameela?hahahha
    rindu torg laaaa
    huhu

    ReplyDelete
  2. kacak sik nama ya mujan?
    hehehehe...
    mcm mulan jameela x?

    ReplyDelete
  3. best.hahhahaha. nasib nama ku sik peng. ahaha. ada ari dtg main sitok gik.... bwak band kurasakuasa ngan etpv. i likee.haha.

    -peg-

    ReplyDelete